ANTARA PENGAJARANNYA IALAH :
1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan dalam memperjuangkan ideologi
masing-masing sehingga mengikut emosi dan amarah. Otak kita dikurniakan dengan
akal yang bijak untuk memikirkan kesan dan akibat daripada perbuatan
kita. Berfikir lah sedalamnya jika berada dalam kawalan amarah, sebelum
kita bertindak. Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri, malah
lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.
2. Terima Kekalahan atau Kemenangan Dengan Bersederhana
Semua pihak seharusnya menerima kemenangan/kekalahan dengan cara yang
bersederhana. Tindakan provokasi daripada satu pihak yang lain hanya akan
boleh mengundang pelbagai lagi tindakan yang tidak diingini. Oleh itu, tak
kira sama ada kita kalah/ menang, konsepkesederhanaan perlulah dititik
beratkan. Jika difikir dengan otak yang waras, tentu ada lebih banyak lagi cara
untuk menyelesaikan permasalahan dengan lebih bijaksana!
3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum
Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri untuk semua pihak supaya
memikirkan sejauh mana hubungan antara kita sesama kita sebelum ini dan selepas
ini. Seperti yang telah dikatakan, semua pihak harus hormat menghormati
antara satu sama lain dan juga seterusnya saling percaya mempercayai antara
satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang akan ambil kesempatan atas
kelemahan kita, hingga "yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran".
4. Betapa Pentingnya Kesatuan
Satu perkara yang tak dapat nak dinafikan adalah kepentingan untuk kita semua
bersatu. Nampak benar sekarang ini kita dah berpecah kepada banyak
kelompok yang hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan
dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa pada kisah seorang anak yang
diajar oleh bapanya tentang pentingnya bersatu, dengan hanya menggunakan
lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah tergadai, baru nak bersilat
berpencak..
No comments:
Post a Comment