Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Hari ini genaplah 45 tahun berlalunya
Tragedi 13 Mei yang meragut banyak nyawa dan menguji perpaduan rakyat Malaysia.
Banyak kontroversi dan konspirasi yang dikatakan oleh pihak A dan pihak B.
Masing-masing saling tuduh menuduh antara satu sama lain, hingga terlupa, itu
langsung tidak menyediakan penyelesaian kepada permasalahan yang
timbul.Bagaimana bermulanya tragedi hitam ini tidak perlulah diperbincangkan di
sini.
Ingat lagi kata-kata guru Sejarah saya
dulu, Tragedi 13 Mei adalah sejarah penting Malaysia yang tersimpan rapat dalam
lipatan sejarah. Saya sedar peristiwa ini merupakan satu taboo yang masih belum
boleh disentuh oleh rakyat Malaysia. Tapi jika dilihat daripada sudut yang
positif, pasti ada pengajaran yang kita dapat perolehi daripada tragedi ini.
Setiap apa yang berlaku, pasti ada sebab dan di sebaliknya pasti ada hikmah!
Saya hanya mahu berkongsi aspirasi dan
pengajaran yang kita semua boleh perolehi daripada peristiwa malang ini. Di
pihak masing-masing, ternyata berlaku kerosakan yang amat dahsyat. Justeru itu,
peristiwa ini merupakan titik tolak untuk kita sama-sama lebih hormat menghormati antara satu sama lain dan
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment